Assalammualaikum ,
Kali ini aku bukan nak bercerita lagi , hihi , kali ini aku nak mengajar korang macam mana nak 'Print Screen' , hihi , dulu aku kan tak tahu macam mana nak print screen ni , ye la buka facebook je kawan-kawan pprint screen , cantik jee , clear pula tu :D .
Ada satu hari tu , aku tangkap la gambar kat lappy aku ini , di postnyaa pula di facebook , kawan aku sorang ini ada ke patut gelakkan semuaa , hihi '' weh , sekarang orang guna print screen jee mana ada nak tangkap gambar berbagai kat lappy tu '' . *mendalam siot . :/
Nekad juga la aku , tak nak dikategorikan buta I.T , buka youtube belajar cara-cara nak print screen :D . horeeeey :) , aku jumpaaa :)
Okay berbalik pada pemblajaran kita hari ini , mari sini , pakat ramai-ramai belajar sama-sama , kongsi ilmu , ini pun ilmu maaa ~
First ,
Korang mesti laaa ada lappy / komputer , kehkeh :P
Lepas tu korang pilih mana-mana gambar / info / atau apa apa pun yang korang nak print sangat tu , contoh :
# bayangkan korang pilih gambar ini nak di print screen kan :)
kemudian ,
korang perlu menekan butang [Fn] dan [PrntScr | SysRQ] , ditekan secara serentak ,untuk lappy / komputer riba , manakala komputer biasa cari butang [PrintScr | SysRQ] .
Lihat gambar dibawah ,
Okay , lepas korang sudah laku yang pertama tadi , sekarang ....
Second ,
Korang buka window yang bawah tu dan cari paint :)
Lepas korang sudah buka , klik 'edit' dan tekan 'paste' , atau kalau tidak jumpa perkataan edit , korang boleh tekan sebelah kiri home di paint itu dan setelah itu tekan paste . setelah paste , nak lagi kemas , korang crope la bahagian yang tidak diperlukan , ia memerlukan kesabaran + kepakaran , hihi
Kita lihat seterusnyaa ,
Okay ini hasilnya ,kita sudah crope semua , * sorry saya tidak pandai crope sebab tu macam tidak betul sikit , hihi . Minta ampun :)
Chop, siapa siapa baca entry ini , berkata ' apa la budak Anis ni , benda senang pun nak post , nak bla bla bla ... ' . ,
eh , korang ni kan , suka hati aku nak post apaa , lapp aku , jari aku nak post , minda aku . yang penting ikut suka aku laa ! ada aku susahkan hidup kau ? :P
yesss , aku saje post macam ni supaya generasi akan datang dapat baca :) *mana la tahu diaorang klik dapat blog aku ke *, hihi , mana tahu diaorang nak belajar sikit-sikit macam aku dulu , asalkan jangan jadi bodoh sombong :/ , betul tak ?
Okay , ini sahaja untuk hari ini , minta ampun kalau ada yang salah , ada yang terkurang , dan mana-mana kata-kata Anis yang guris perasaan . Minta ampun :)